Wednesday, December 12, 2012

Kerja oh Kerja

Lima bulan dah berlalu. Itu lah jurang masa dah berapa lama tak update blog nih. Tak tahu apa yg buat tak update nih. Konon macam la busy sangat la kan. Hehe

Realitinya, diri ini masih lagi malas nak menaip dan post entri baru kt blog nih. Dulu, kini dan selamanya malas.

Banyak benda yang dah berlaku dalam lima bulan nih. Yang pastinya jalan hidup dah berubah sedikit demi sedikit. Cuma masih nak cari tapak hidup yang lebih stabil dari apa yang ada sekarang.

Tuk itu, yang penting adalah pekerjaan. Ataupun 'job' dalam bahasa sainstifik jawanya.

Sampai ke arinih, dah lebih 4 bulan aku bekerja dengan Jabatan Muzium Negara. Sejak bulan Ogos ag kau. Mungkin rezeki bulan Ramadhan kot tuk aku. Hehe

"Muzium?"

"Ape kau buat kt muzium?"

Ape kena ngena sains sukan dengan muzium?"

Soklan nih dah naik boring aku dengar. Dan segala persoalan ini dah berjaya ditepis dan dijawab dengan baik. Ramai sangat yang pelik dan hairan. Haha

Yang pasti, ekut suka hati patik lah nak ke mana. Ini jer rezeki yang ada buat masa ini. Korang nak bagi elaun belanja kt aku ke tiap bulan? Klu ada, eaok pun aku leh resign :p

Tapi keje nih still tak boleh secure hidup pun. Al maklumlah, bekerja kontrak jer. Lebih tepat lagi sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH).

Untuk keterangan lanjut apa itu PSH, sila rujuk laman web JPA. Malas aku nak explain :p

Buat masa sekarang, masih lagi tergagau gagau nak cari keje kt tmpt lain. Harap dapat peluang kerja yang lebih cerah dan bagi lagi banyak benefit dan related dengan apa yang aku dah belajar 7 tahun ni. InsyaAllah.

Gagau? Rasanya tatabahasa tu macam betul jer. Hehe.

Apa-apa pun, tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.

#masih lagi mencari pelita hidupku.

No comments: