Tuesday, April 24, 2012

tersalah langkah

Hari ni, dah genap 3 minggu aku berhenti kerja kt Fitness First tuh. Terasa sayang lak benti keje kt tempat tuh. Maklumlah Fitness First Menara Manulife tu tempat pertama aku bekerja. Dah lebih kurang first love la jugak kan. Walaupun tak lama, lebih kurang 9 bulan je kerja kat situ. Tetapi banyak sangat mende berlaku kat sane.

Mungkin 9 bulan kat sane bukan satu tempoh yang lama, tetapi kalau dah kat Fitness First tuh, dah kira lama la jugak. Pekerja keluar masuk kat Fitness First tuh sgt la tinggi. Kebanyakkan orang laen, baru kerja dah tender resign. Macam2 alasan sebab tindakan dorang tuh. 

Resign dari sana mungkin satu tindakan yang salah dari aku. Wrong action was taken !!! Mungkin terpengaruh dengan janji2 manis yang tak disertakan hitam putih. Janji pada dapat start kerja bulan May, tapi mungkin berlanjutan sampai 2,3 bulan lagi. Lagi sedih, mungkin tak dapat langsung. Kesimpulannya, PADAN MUKA aku sendiri kn.

p/s : Sekarang teus tunggu, dan terus menunggu walaupun duet dah maken kurang


Thursday, April 19, 2012

cerita lapar di malam hari

Jam kat tangan dah kul 2.25 pagi. Tapi mood nak tido mcm xnk smpi lagi jer. Nak kata x ngantok, mata dah pedih da. Siap tambah penat training hoki lagi. Patutnye mmg dah ngantok, or lagi senang dh masuk tido da kot.
Mlm nih dan esok decide tido kt kolej Jati jer menemankan si Adam dgn Alif ni. Dpt bilik ok la x payah nak pnjat tangga tinggi. Hehe.. Tak larat nak angkut pading keeper yang berat tuh. Bilik dah besar, siap boleh maen futsal da kot. Huhu. Tp duduk 3 org jer.
Tapi skrg perut dah makin lapar. Ape aje lah nak di makan malam nih. Ekut hati nak aje tibai nasi lemak Jati adam nih. Nyesal lak tak mintak tlg beli td. Hadoi. Dah nasib ~

p/s: kalau rajin hantar la mcD ke, kfc ke kt kolej nih :P

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 18, 2012

Kisah si kaya yang kurus dan si miskin yang gemuk


Amil dan Usman berjiran. Amil seorang yang kaya dan Usman seorang yang miskin.
''saya peliklah Usman,'' kata Amil memulakan cerita. ''mengapa?'' tanya Usman pula. Mereka duduk bersembang di tepi rumah.
'' saya ni kaya raya, tetapi badan kurus sahaja malah tidak berselera mahu makan.'' terang Azmil kepada Usman.
'' oh begitu. Awak perlu mengikut petua saya ini,'' kata Usman gembira. ''Bagaimana?''
''Sebelum makan, baca doa kemudian hidu bau enak itu sehingga timbul selera. Lagi satu, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itulah yang saya lakukan setiap hari. Walaupun makan nasi dengan sup ayam, tetapi saya dapat menghidu bau masakan yang enak-enak dari rumah awak itu. Bertambah-tambah seera makan saya,'' saran Usman sepenuh hati.
''oh! Jadi itulah sebabnya saya tidak lalu makan, kerana awak sudah mencuri semua bau dan zat dari makanan saya!'' marah Amil tiba-tiba. Matanya terjegil merah.
Lalu perkara ini dibawa ke mahkamah. Amil mahu menyaman Usman sebanyak sepuluh ribu dinar sehingga menyebabkan selera makannya terganggu dan dia menghadapi kemurungan. Usman berasa sangat sedih. Tanpa diduga, hakim yang mengadili kes itu adil dan mengikut hukum ALLAH. Dia meminta adiknya supaya meminjamkan wang sepuluh ribu dinar kepasa Usman. Duit itu nanti akan dibayar kepada Amil. Mulia sungguh hati si hakim. Selepas disiasat beserta saksi yang adil, Usman dijatuhi hukuman. Amil berasa gembira kerana sangkanya kemenangan berpihak kepadanya dan dia akan mendapat duit yang banyak.
'' baiklah, mari kita kira wang itu sebelum kamu bawa pulang,'' arah hakim. Seorang jurukira diminta mengiranya.
''satu.... dua.... tiga.... 9080...'' kira si jurukira. Disebabkan terlampau asyik, Amil tidak sedar kiraan wang itu sudah cukup seribu dinar.
''baik, mahkamah bersurai sekarang,'' arah hakim. Semua orangpun beredar. Si jurukira menyerahkan semula duit kepada si hakim.
''tunggu dahulu tuan hakim! Mengapa wang itu tidak diberikan kepada saya?'' Amil berasa hairan.
''Masya-ALLAH, bukankah kamu sudah mendapat bunyi kiraan wang itu? Saya lihat kamu begitu asyik sekali'' jawab si hakim.
''tetapi...''
''Inikan keadilan ALLAH. Kamu mendapat nikmati bunyi kiraan duit itu, seperti juga Usman yang mendapat nikmat bau makanan kamu?'' begitulah kata putus si hakim.
Amil ternganga mendengar keputusan itu. Seumur hidupnya belum pernah dia diadili sehingga begitu sekali. Usman datang dan menepuk-nepuk bahu Amil. Mereka berdua bermaaf-maafan lalu pulang kerumah masing-masing.

p/s : Jangan ambil kesempatan ke atas org laen. Lama tak update!! dan akan bercuti berblog lagi Smile

re-activate my account

Assalamualaikum & salam sejahtera ye. I'm the owner of this blog yang tak berapa aktif nih. Kalau tenet ni macam umah, mahu dah berhabuk penuh dengan labah - labah da kot. Huhu.. Tu lah penangan orang yang dah bekerja. (iye2 je kn, padahal ko memang malas Shahril oi ! ). Pape pon, I've made some changes tuk layout blog nih. Dan maybe akan dipertingkat dari semasa ke semasa. Harapnyer blog ni akan terus hidup dan hidup selamanya +_+

p/s : Chayok Shahril !!