Wednesday, April 18, 2012

Kisah si kaya yang kurus dan si miskin yang gemuk


Amil dan Usman berjiran. Amil seorang yang kaya dan Usman seorang yang miskin.
''saya peliklah Usman,'' kata Amil memulakan cerita. ''mengapa?'' tanya Usman pula. Mereka duduk bersembang di tepi rumah.
'' saya ni kaya raya, tetapi badan kurus sahaja malah tidak berselera mahu makan.'' terang Azmil kepada Usman.
'' oh begitu. Awak perlu mengikut petua saya ini,'' kata Usman gembira. ''Bagaimana?''
''Sebelum makan, baca doa kemudian hidu bau enak itu sehingga timbul selera. Lagi satu, makan semasa lapar dan berhenti sebelum kenyang. Itulah yang saya lakukan setiap hari. Walaupun makan nasi dengan sup ayam, tetapi saya dapat menghidu bau masakan yang enak-enak dari rumah awak itu. Bertambah-tambah seera makan saya,'' saran Usman sepenuh hati.
''oh! Jadi itulah sebabnya saya tidak lalu makan, kerana awak sudah mencuri semua bau dan zat dari makanan saya!'' marah Amil tiba-tiba. Matanya terjegil merah.
Lalu perkara ini dibawa ke mahkamah. Amil mahu menyaman Usman sebanyak sepuluh ribu dinar sehingga menyebabkan selera makannya terganggu dan dia menghadapi kemurungan. Usman berasa sangat sedih. Tanpa diduga, hakim yang mengadili kes itu adil dan mengikut hukum ALLAH. Dia meminta adiknya supaya meminjamkan wang sepuluh ribu dinar kepasa Usman. Duit itu nanti akan dibayar kepada Amil. Mulia sungguh hati si hakim. Selepas disiasat beserta saksi yang adil, Usman dijatuhi hukuman. Amil berasa gembira kerana sangkanya kemenangan berpihak kepadanya dan dia akan mendapat duit yang banyak.
'' baiklah, mari kita kira wang itu sebelum kamu bawa pulang,'' arah hakim. Seorang jurukira diminta mengiranya.
''satu.... dua.... tiga.... 9080...'' kira si jurukira. Disebabkan terlampau asyik, Amil tidak sedar kiraan wang itu sudah cukup seribu dinar.
''baik, mahkamah bersurai sekarang,'' arah hakim. Semua orangpun beredar. Si jurukira menyerahkan semula duit kepada si hakim.
''tunggu dahulu tuan hakim! Mengapa wang itu tidak diberikan kepada saya?'' Amil berasa hairan.
''Masya-ALLAH, bukankah kamu sudah mendapat bunyi kiraan wang itu? Saya lihat kamu begitu asyik sekali'' jawab si hakim.
''tetapi...''
''Inikan keadilan ALLAH. Kamu mendapat nikmati bunyi kiraan duit itu, seperti juga Usman yang mendapat nikmat bau makanan kamu?'' begitulah kata putus si hakim.
Amil ternganga mendengar keputusan itu. Seumur hidupnya belum pernah dia diadili sehingga begitu sekali. Usman datang dan menepuk-nepuk bahu Amil. Mereka berdua bermaaf-maafan lalu pulang kerumah masing-masing.

p/s : Jangan ambil kesempatan ke atas org laen. Lama tak update!! dan akan bercuti berblog lagi Smile

No comments: