Wednesday, July 4, 2012

Cita - Cita dan Harapan

Salam satu Malaysia tuk semua. Bukan kemaen lagi bagi salam satu Malaysia tuh. Almaklumlah pilihan raya pon dah nak dekat. Raya puasa pon dah nak sampai. Bulan puasa buat - buat lupa? Haha bukan selalu.

Nk post entry kt blog memang amat susah. Baru je wat azam baru 2 3 bulan lepas. Tapi kesudahannyasama jugak. Huhu. Dah memang dasar malas nak buat macam mane kn? Tp bukan malas sgt pon. Masa yang
takde. Padahal tak bekerjaya pun, tah kt mane busy pon tak tau. Haha

Sebut pasal kerjaya, semalam genap dh umur diri ni jadi 24. What? 24? Haha macam dah banyak umur tuh. Genap setahun lepas, baru start keje kat fitness first. Tp umur kat sane tak panjang, terpaksa lah mengundur diri awal. STRESS keje kat sane. Haha.

Akibatnya, dah 3 bulan aku bergelar penganggur berjaya. 3 bulan jugak sibuk online carik keje. Tp hasil? Habuk pon takde.

Baru 2 kali di panggil interview. Sedih betol dengan statistik kerjaya nih. Tu lah, dulu org offer keje tanak.
Bukan taknak, tapi matlamat dan cita - cita yang sebabkan REJECT peluang dan RESIGN dari kerja yang sedia ada.

"Ape yang aku nak sebenar?"

Iu yang paling banyak bermain kat kepala nih. Same pening mcam wat soklan calculus yang x dapat jawapan. Haha serius la nih.

Sejak kenal apa itu universiti, ape itu menara gading, hati ni dah berkenan nak jadi lecturer. Jatuh hati dengan nama kerjaya lecturer nih. Tu je yg ade dalam pale ni sebelum semasa dan selepas belajar.

Tapi sekarang dah tamat belajar dah pon. Lagi 2 bulan genap setahun grad. Tp still xde rezeki nak di panggil lecturer nih. Makin hari dah makin tension lak pikir. Wat serabut pale jer. Haha

Resign dari fitness first pon sebab nak kejar kerja lecturer kt uitm arau. Tp mcm entry yang sebelom nih, dah macam tersalah langkah. Nak wat macam mane kn. Awal bulan lepas, ade lagi kawan laen yang dapat offer jawatan offer tuh.

What???!

Kecik hati yang tak seberapa besar nih dengar berita tuh. Sedih.

Ok saya pasrah. Mungkin takde rezeki. Lantak lah. Rezeki dorang kat sane. Semoga dorg capai yang terbaek di sane. Good luck!

"Sorry, i'm not interest"

Mungkin itu jawapan kalau di offer kerja kat arau tuh. Mungkin satu mende paling bodoh aku wat kalau aku cakap camtuh. Tp tah la. Dah lama tunggu harapan yang tak pasti. Bukan barang spare part nak gune time nak jer.  Who care?

Aku yang resign, financial hancur pon takde sape yang care. No more Arau.

Sebab tu lab sejak bilan 5 arituh, terus ligat carik keje laen. Tp macam tu lah. Bukan senang nak cari kerja zaman sekarang nih. Dok isi je online, tapi panggilan takde jugak. Haha sedih. Nk hantar borang hard copy, memang dah sedia maklum malas.

Malas? Padan muka awak Shahril!

Tapi semalam classmate diploma dulu, Ayu called me.

"Shahril, hang nak jadi lecturer?"

"Hah, kat mane?"

"INSTEDT, aku nak resign. Takleh bawak lah ''

Dengar lecturer ok lah. Tp JOHOR tuh. Awat tak Singapore teros jer.

Mungkin ade beberapa mende nak ambil kira. Yang laen ok. Bukan nak balik tiap minggu pon kan kalau jauh.

Just rase gaji tu kecik tuk permulaan. Yes, sgt kecik tuk 3 bulan pertama. Then pastu baru ok.

"Kalau hati tu minat education, pegi lah"

''Government ngan private sekarang sama jer"

Tu lah kata - kata dari sorang kawan biler mintak pendapat. Mungkin btol gak ape yang dicakapkan. Tapi dilema sebenar sebab ade lagi satu interview pen pegawai minggu depan.

Pen pegawai kt unit sukan uitm. Ok jugak keje tuh. Tu yang wat mende jadi serabut lagi. Dekat dan gaji ok.
Tapi posting tak terjamin lagi. Nak berebut dengan 10 candidates lagi. Haha. Bukan tK confident. Kurang yakin jer. Haha.

I'M THE BEST.

So, tuk masa yang begitu banyak nih.. Decision should be made. Ape yang nak dipilih?

#runsing dok pikir.

Sent by DiGi from my Samsung® Smartphone.