Wednesday, July 3, 2013

Yes, I'm 25 !

25? Oh my ! seriously i'm not prepared for anything tuk tahun nih. Walaupun umur dah berganjak ke 25, tapi hidup masih lagi tak stabil dan pastinya, masih lagi dalam program perancangan untuk menstabilkan diri. Yup, still terawang awang dengan dunia belajar dan bekerja dalam satu masa.Banyak dugaan dan benda yang berlaku dalam tempoh setahun nih especially kerja bertukar tukar (at the same time your friends dah nampak jalan hidup yang sangat cerah, oh kecewa !) dan kelas yang betul menduga iman.

Beberapa hari lepas birthday nih, akan ada lagi satu paper final exam (yang terakhir dah tuh), dan insyaAllah akan tamat dengan gemilang tuk semester ni walaupun untuk datang dan sambung belajar tu satu perkara yang sangat susah dan malas ! Memang x dinafikan, susah untuk bahagikan masa bekerja, masa belajar dan masa untuk diri sendiri. Tapi nak buat macam mana, aku sendiri yang pilih jalan susah nih. so, kena abeskan jugak. Still berpegang pada prinsip "Nak seribu daya, tanak seribu dalih".

Untuk birthday yang ke -25 nih, mungkin boleh tersenyum sedikit sebab just tinggal 5 paper untuk dihabiskan. Nampak sikit, tapi untuk master rasanya 5 tu jumlah yang agak banyak kot. Haha tapi terpulang lah kepada diri nak jadi malas or rajin. Alhamdulillah, takde masalah tuk tamatkan semester ni dengan baik. tambah dengan bantuan dari kawan especially Ali dan lecturer yang sangat sporting dan baik hati. Penat weh nak abeskan kelas tiap hari. Balik kerja then terus sambung ke kelas. Baru boleh dinner and balik umah. Trully exhausted !

Mungkin semester depan nak berehat sekejap. Tapi tak tahu lah diluluskan ke tak hajat nih. Nak extend pun ada limit. So, tak tahu lagi macam mana. hopefully boleh. kepala, otak, badan dan segala-segalanya dan keletihan mungkin. Tambah dah lama x rehat bila balik umah. Lagi pun financial sources tuh, mana nak cari? Kena hold la dulu kejap macam mana. Just wait and stay calm.

Umur 24 jugak menjadi satu level yang baru tuk dunia pekerjaan nih. Sebab akhirnya berjaya jugak mendapatkan satu jawatan yang bukan lagi bertaraf sambilan, part time, atau yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah. lepas 6 bulan membanting tulang secara sambilan kat Jabatan Muzium Malaysia selaku pentadbir HRMIS yang berjaya, akhirnya dapat jugak kerja dekat MASUM. Bahagian sukan sepertimana dalam bidang pengajian masa kat universiti. 

UiTM pun dah hantar surat makluman yang tempoh calon simpanan dah di panjangkan lagi. harap kalau ada pergerakan dalam organisasi pusat sukan UiTM, dapat lah patik diserapkan ke  jawatan tetap tuh. insyaAllah. Overall, memang sangat berpuas hati dengan kerja yang ada sekarang. kerja, rehat, travel, enjoy dan lain - lain aktiviti . Superb !

Apa -apa pun, hope this coming July can bring  a alot of happiness to me. penuh dengan harapan tuk capai semua benda yang dihajati. Mungkin ada niat tuk dapat kerja yang lebih baik dari segi benefit, habis belajar cepat, berfamily. Haa, itu yang paling terpenting sekali. Hee. harap ada lah hadiah yang baik dab best tuk birthday tahun nih. hee

#craving for beats dr dre urbeats earphones.

Friday, January 18, 2013

Berakhir Sudah

Semester pertama bergelar pelajar master dah pun tamat. Musim final exam baru melabuhkan tirai minggu lepas. Dan diakhiri dengan presentation propossal yang agak scary. Jantung berdegup macam baru lepas training. Haha

Walaupun tak banyak final paper yang jawab tahun nih, tapi belajar sambil bekerja memang amat memeritkan. Ke bekerja sambil belajar? Mana mana pun boleh. Haha. Banyak dugaan especially kekangan masa dan tahap kepenatan yang kritikal.

Balik kepada final exam, memang soklan amat mencabar minda orang yg tak berapa nak baca buku sangat nih. Tp Alhamdulillah.. ok lagi la kot kalau boleh kuar exam kurang dari 3 jam tuh. Apa apa pun just tunggu result yang akan keluar nanti. Hehe

Research proposal memang lagi satu perkara yg boleh sumbang kepada my failure. Last minutes punya proposal. Dgn hanya jumpa supervisor 2 kali dalam tempoh 4 bulan. Shahril, Awk memang gentle dan rileks. Dulu, kini dan selamanya.

Yang pasti semua tu dah tamat. Buat sementara nih takde lagi pening nak buat assiggnment dan test bagai. Boleh la kalau nak rehat sekejap. Fizikal dah letih tahap dewa dah nih.

#hanya mengharap result yang terbaik.