Saturday, December 15, 2012

Kecewa

Malam yang sugul. Penuh rasa kecewa macam kucing yang mati anak kembar 8. Nasib tak berapa baik tuk aku semalam.

Start dengan hoki liga selangor. Macam biasa player sangat lambat nak ready. Dah jd kebiasaan masuk padang takde warm up terus maen jer. Suatu bnda yang aku amat tak suka. Berdasarkan prinsip sains sukan yg dh lama belajar. Ace ceh poyo je kan?

Mula je game, nampak macam ok jer. Awal2 dah dpt gol. Mmg power la kan. Tapi ingatkan spotlight boleh tahan sampai habis game. Rupenye led terbakar masa tengah game. *perumpamaan baru*.

Game jd seimbang then mamat2 askar nih pun dpt score. Abes masa, game terikat 2-2. Abe je ga, ingatkan ada la masa tambahan je ape. Sbb klu ade extra time advantage la kt team aku yg byk menyerang nih. Tp disebabkan kesakaian pengurusan liga selangor nih.. tros wat penalty shootout. Aarrrgggghhh !!!

Mungkin luck tak berapa nak ada. Pengalaman penalty shootout pun tak berapa nak ada.. tak dapat la nak membantu team nk layak ke final. Sedih woo !

Tahun 2012, mungkin ini je lah rezeki yang ada. Tahun depan; 2013. Tak tah lagi macam mane. Tah maen ke idak. Semua bergantung kepada status sebagai pelajar tu macam mane.

#Kecewa lagi nak pulun pingat emas.

Sent by DiGi from my Samsung® Smartphone.

Thursday, December 13, 2012

Pagi yang Hujan

Sekali lagi, as expected, hujan turun lagi dengan lebatnya kat bandar Kuala Lumpur nih. Perkara rutin yang 90% akan berlaku tiap kali waktu ofis hour dah nak sampai ke penghujung.

Dengan ofis yang dah macam duk kat dalam peti sejuk. Dunia kat luar pun penuh dengna air jer. Sama la jugak segala semak yang ada kat dalam pala otak aku nih. Semuanya serabut.

4 bulan yang tenang, dah sampai ke tahap keretakkan. Macam retak menanti pecah, dan pecah menanti belah. Ewah, dah bermadah macam ahli puisi tersohor lak. Haha

Aku sendiri pun tak tahu apa yang jadi. So, biarkan aje lah. Takde ape yang aku nk perbesarkan kat sini. Tengoklah dalam masa terdekat ni macam mana.

Balik kepada hujan, dah kenapa aku stay kat ofis klu dah abes waktu bekerja nih? Duk wat rajin nak bagi dapat APC mungkin? haha

Malam ni ada lagi satu game Liga Selangor. Pasukan di hati, UiTM akan turun untuk menentang geng abang - abang askar. Harap semua berjalan lancar dan doakan kejayaan pasukan UiTM nih.

Hidup mati Selamanya untuk UHA. ^^,

#Dengan harapan takde gol yang mengarut lagi.




Wednesday, December 12, 2012

Kerja oh Kerja

Lima bulan dah berlalu. Itu lah jurang masa dah berapa lama tak update blog nih. Tak tahu apa yg buat tak update nih. Konon macam la busy sangat la kan. Hehe

Realitinya, diri ini masih lagi malas nak menaip dan post entri baru kt blog nih. Dulu, kini dan selamanya malas.

Banyak benda yang dah berlaku dalam lima bulan nih. Yang pastinya jalan hidup dah berubah sedikit demi sedikit. Cuma masih nak cari tapak hidup yang lebih stabil dari apa yang ada sekarang.

Tuk itu, yang penting adalah pekerjaan. Ataupun 'job' dalam bahasa sainstifik jawanya.

Sampai ke arinih, dah lebih 4 bulan aku bekerja dengan Jabatan Muzium Negara. Sejak bulan Ogos ag kau. Mungkin rezeki bulan Ramadhan kot tuk aku. Hehe

"Muzium?"

"Ape kau buat kt muzium?"

Ape kena ngena sains sukan dengan muzium?"

Soklan nih dah naik boring aku dengar. Dan segala persoalan ini dah berjaya ditepis dan dijawab dengan baik. Ramai sangat yang pelik dan hairan. Haha

Yang pasti, ekut suka hati patik lah nak ke mana. Ini jer rezeki yang ada buat masa ini. Korang nak bagi elaun belanja kt aku ke tiap bulan? Klu ada, eaok pun aku leh resign :p

Tapi keje nih still tak boleh secure hidup pun. Al maklumlah, bekerja kontrak jer. Lebih tepat lagi sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH).

Untuk keterangan lanjut apa itu PSH, sila rujuk laman web JPA. Malas aku nak explain :p

Buat masa sekarang, masih lagi tergagau gagau nak cari keje kt tmpt lain. Harap dapat peluang kerja yang lebih cerah dan bagi lagi banyak benefit dan related dengan apa yang aku dah belajar 7 tahun ni. InsyaAllah.

Gagau? Rasanya tatabahasa tu macam betul jer. Hehe.

Apa-apa pun, tetap bersyukur dengan rezeki yang ada.

#masih lagi mencari pelita hidupku.